Proses Kejadian Manusia Menurut Sains dan Alqur'an

0
COM
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS

Berbicara tentang asal-usul kejadian manusia mengharuskan kita untuk berbicara tentang asal-usul kehidupan dan hidup. Teori pertama yang dapat dikenali dari Aristotle (384-322M) yang di sebut sebagai teori Abiogenesis atau Generasio Spontanea. Menurut teori ini, semua yang hidup muncul secara terus menerus dari yang mati atau materi. Namun teori ini, menurut Lazardo Spanlazani, Frencesco Redi (dari Itali) dan Louise Pasteur (dari Perancis), Berjaya membuktikan bahwa makhluk hidup tidak dari materi yang mati. Semenjak itu, pada tahun 1860 ,telah muncul teori baru yang menyatakan bawa semua makhluk yang hidup berasal dari yang hidup sebelumnya (omne vivum ex vivo) .Ir.H.Basit Wahid (1983), Evolusi Manusia dan Konsepsi Islam, Bandung, Indonesia: NV Tarate
Setelah itu,munculnya teori evolusi dari Charles Darwin(1809-1882). Pada hakikatnya merupakan kelanjutan dari teori “omne vivum ex vivo”. Teori ini juga menyatakan bahwa semua makhluk hidup mengalami evolusi menuju kesempurnaan dan kebahagiaan. Hal ini dapat dilihat melalui diagram yang dibuat oleh Washburn (tahun 1960). Persoalan jika benar manusia berasal dari kera mengapa manusia tidak berubah menjadi kera dan begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, manusia dan kera adalah berbeda. Teori ini tidak relevan. Bucailie Maurice Dr. (1984), Asal-usul Kejadian Manusia Menurut Bible, Al-quran dan Sains, Bandung, Indonesia: Penerbitan Mizan.
Charles Darwin juga telah meragukan kebenaran teori yang telah diciptakan. Hal ini dapat membuktikan bahwa lapisan-lapisan batu di dalam tanah mengandungi data dan catatan yang kronologis. Sepanjang waktu geologis yang enam (dari azoicum sehingga dengan enzoikummengenai evolusi .Hal ini bermakna, teori sebelum ini telah berlawan dengan teorinya. Darwin juga telah membuktikan bahwa teori sebelum ini adalah tidak relevan berdasarkan dengan bukti-bukti yang kukuh. Bucailie Maurice Dr. (1984), Asal-usul Kejadian Manusia Menurut Bible, Al-quran dan Sains, Bandung, Indonesia: Penerbitan Mizan.

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

Al-quran menyatakan dengan tegas bahwa manusia diciptakan dari tanah dengan berbagai istilah seperti debu (Surah Ali Imran:59), tanah kering dan lumpur hitam (Surah Al-hijr : 28), tanah liat (Surah Ashshafat : 11), sari pati tanah (Surah Al-shad :71) dan sebagainya. Semasa penciptaan Adam,Allah telah berfirman bahawa “Jadilah,maka jadilah ia”(Surah Ali Imran : 59). Oleh itu, proses kejadian manusia menurut Al-quran adalah lebih sahih dan relevan kerana mempunyai bukti yang kukuh.Bucailie Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran, Sains dan Bible. Bandung, Indonesia: Penerbitan Mizan.
Setalah berpandukan pada (Surah Al-A’la : 1-3), penciptaan atau kejadian manusia terbahagi kepada tiga (3). Hal ini telah menjadi titik tolak kepada proses kejadian manusia dan menunjukkan tanda-tanda kemuliaan manusia .Pertama, Allah telah menciptakan manusia pertama daripada tanah (Adam). Kedua, penciptaan manusia kedua daripada bahan baku manusia pertama (Hawa). Akhir sekali, penciptaan manusia daripada bahan baku manusia pertama (Adam) dan manusia kedua (Hawa). Oleh itu,kita sebagai anak cucu Adam haruslah berasa bangga kerana kita ini daripada sebaik-baik kejadian dan lebih mulia daripada makhluk yang lain. Bucailie Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran,Sains dan Bible.Bandung,Indonesia:Penerbitan Mizan.
Dalam Surah Al-Qiyamah (75 : 37-39),penciptaan manusia terbahagi kepada empat (4) tahap. Allah telah menyatakan bahwa manusia terjadi daripada percampuan Nutfah. Nutfah ialah air mani. Air mani ini terdiri daripada air mani lelaki dan perempuan. Allah telah berfirman dalam Al-Quran melalui (surah Al-Insan:2). Artinya : Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada setitits air mani yang bercampur yang kami(hendak menguji dengan perintah dan larangan).Kami jadikan dia melihat dan mendengar.Selepas itu,daripada Nutfah telah berubah menjadi Alaqah,Mudghah dan Izam dan Lahm.Allah telah berfirman dalam (surah Al-Mukminun :14) yang bermaksud kemudian kami mengubah nutfah menjadi alaqah(seketul darah),lalu kami menciptakan seketul darah beku itu menjadi seketul daging(menjadi anggota badan)dan seketul daging itu kami jadikan tulang-tulang itu dan kami bungkus dengan daging(terbentuk segala system saraf).Tafsir Al-Quran.

TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

Sebenarnya sebelum ditetapkan khalifah itu allah mengemukakan amanat itu kepada langit, bumi dan gunung-gunung tetapi semua menolak amant itu kerana tidak menyanggupinya namun manusia bersedia memikulnya. Hal ini telah dinyatakan di dalam Surah Al-Ahzad : 72. Oleh itu, kita sebagai khalifah seharusnya melaksanakan amanat Allah di muka bumi tetapi pada sisinya ia melihat syaitan berusaha menyesatkan manusia dengan tidak melaksanakan amanat Allah. Bucailie Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran,Sains dan Bible.Bandung,Indonesia:Penerbitan Mizan.
Dalam surah Al-Luqman: 20, Allah telah menyatakan bahawa kepada siapa saja yang ada di langit dan di bumi dan juga segala macam isi yang dikandungnya agar tunduk kepada manusia. Semua itu dimaksudkan agar manusia dengan segala kemampuannya dapat mengolah sumber-sumber alam. Oleh itu allah telah menyediakan prasarana pula (ilmu pengetahuan, hidayah agama dan kitab suci). Oleh itu setiap khalifah di muka bumi harus berpegang kepada 3 hal. Allah telah memberikan kita kemampuan berfikir untuk meningkatkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan kekuatan rohani manusia untuk menghayati ajaran Allah. Allah juga telah memberikan hidayah kepada manusia untuk mampu dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran untuk melakukan semua itu. Bucailie Maurine Dr. , (1984). Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran, Sains dan Bible.Bandung, Indonesia: Penerbitan Mizan.
Allah telah memberikan beberapa keistimewaan kepada manusia yang menjadi khalifah. Keistimewaan tersebut telah mengagkat derajat manusia di sisi Allah. Keistimewaan yang telah diberikan Allah kepada manusia sebagai khalifah telah dinyatakan dalam surah Al-Baqarah: 30, Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat bahawa aku menjadikan khalifah di muka bumi itu orang yang membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah,padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. Bucailie Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran, Sains dan Bible. Bandung, Indonesia : Penerbitan Mizan.

sumber : FARIDAH BINTI MAT AMIN (2010). Proses Kejadian Manusia Menurut Sains dan Alqur'anhttp://az-esei-jan2010.blogspot.com/2010/03/proses-kejadian-manusia-menurut-al.html . 20 November 2012